Niat di hati sudah lama untuk buat rawatan gigi. sangat2 lama. dari 1st year lagi.
Alhamdulillah, hari ini, 13 oktober 2011, tanpa diduga aku mendapat kiriman mesej dari adik ex-PASUM yang biliknya dahulu berhadapan dengan bilikku.
"Akak ada kawan-kawan nak buat treatment gigi tak? Adik tengah cari patient ni" mesej yang dihantarnya semasa aku berada di bilik kuliah Dr Nazia.
"AKAK NAK! Alhamdulillah, akak dah lama berniat nak buat rawatan gigi. Allah kabulkan juga hajat ni. Dahla free pula. Terima kasih adik"
Maka bermulalah rawatan gigiku. Ternyata gigi yang ku bangga selama ni banyak masalah rupanya. Gusi tidak kena, gigi berlubang dan macam2 lagi.
"Akak kita tak boleh buat scaling lagi. Gusi akak consistent bleeding. Kita kena rujuk Dr bahagian gusi expertise". Scaling adalah 'term' untuk mencuci gigi sebelum membuat rawatan lanjutan. "Aduh banyak juga ya masalah gigi akak ni"
Jadi rawatan untuk tampal dan cabut gigi tertangguh untuk hari berikutnya.
The moral of the stories, jagalah gigi anda sebaik2nya. Dan paling penting gunalah floss. Selama ini kita hanya pandang remeh sahaja tentang floss, tetapi sebenarnya floss adalah penentu gigi kita ni cantik atau buruk.
"Jagalah gigi, jangan kau kotori"
Bersambung...

2 comments:
Azni nak juga rawatan gigi tu. Kat mana ya cik Ika?
hehehe..nak ke? boleh2 nanti ika bgtahu dr gigi tu :)
Post a Comment