Alhamdulillah terbaca 1 artikel berkaitan dengan 3 golongan di lebuh raya karangan Ustaz
Pahrol Juoi. Sesungguhnya medan lebuh raya adalah medan untuk masing-masing menunjukkan
kehebatan masing-masing. Masing-masing hendak cepat. Nak kejar masa lah katakan. Namun
adakah masa yang patut disalahkan atau kita yang menyalahgunakan masa itu?
Ustaz Pahrol ada menyatakan berkaitan 3 golongan di lebuh raya.
Golongan pertama - adalah golongan yang hilang tahaP kesabarannya. Masakan
jumpa lorong-lorong yang kosong, terus sahaja masuk ke situ. Saman? apa lah sangat
dengan RM 300. Yang penting masa yang dikejar!
Golongan kedua- golongan yang tidak seberani golongan pertama. Takut. Tetapi jauh disudut
hati hendak sahaja mengikuti cara golongan pertama.
"Eh takut pula kalau-kalau kena saman nanti".
Golongan ketiga- golongan yang sabar dengan karenah "jalan raya". Golongan ini golongan
yang memanfaatkan masanya di dalam kereta dengan mendengar ceramah yang dipasang di
dalam kereta. Tambahan pula denga kaset atau CD al-Quran, menenangkan hati dan jiwa ketika
menunggu jalan yang 'standstill'. Semua orang hendak pulak ke rumah masing-masing.
Masing-masing ada komitmen dengan keluarga maka toleransi dan bersabar perlu
untuk memupuk keharmonian dalam masyarakat bukan?
Jadi dimanakah kita? Bayangkan ini baru berkenaan jalan raya, bagaimana sikap kita dalam
kehidupan? Adakah kita menggunakan 'jalan pintas' untuk mendapatkan duit atau kejayaan
dalam hidup? Nikmatkah kejayaan seperti itu?
wallahua'lam

0 comments:
Post a Comment